![]() |
|
The Writer.
Shahidah Ismail. True to life, true to me. I love clouds and sky gazing. Email | Multiply |
Monday, June 29, 2009
Shahidah tewas dalam permainan cinta sekali lagi. Ini ada lah kali kedua shahidah tewas daripada seseorang yang shahidah sayang dan cinta sekali selama berhidup lapan belas tahun. Tapi tidak mengapa. Shahidah tidak benci shahrin seperti mana shahidah pernah waktu dahulu. Cuma shahidah terkilan sangat kenapa shahrin tidak mahu mengambil peluang kedua ini? Adakah shahrin tahu betapa lama nya shahidah fikir untuk memberi peluang kedua ini kepada sesiapa pun? Tapi tetap shahrin tidak begitu memahami maksud peluang kedua yang hanya shahidah beri kepada shahrin. Ada kah ini petanda bahawa cinta shahrin terhadap shahidah tidak teguh dan tulus? Shahidah berasa runsing sangat. Oleh itu, maafkan shahidah kalau shahidah tidak dapat menjadi kawan yang baik. Maafkan shahidah kerana melakukan ini semua tanpa pengetahuan shahrin. Maafkan shahidah dan lupakan lah shahidah. Mungkin shahidah akan menyesal di masa akan datang tapi tidak mengapa. Shahidah akan sabar dan ambil ikhtibar dari ini semua bahawa shahrin tidak akan bersama shahidah sampai bila-bila pun. Mungkin kita akan bertemu lagi. Tapi untuk sekarang, lepaskan lah shahidah dan doakan shahidah mencari kebahagian shahidah sendiri. Assalamualaikum.. Shahidah Ismail. |